Friday, 30 September 2016

Sahabat Sejati


SaHaBaT SeJaTi


       Setiap orang mempunyai sahabat mereka sendiri. Pelbagai persepsi sahabat berbeza mengikut kesesuaian diri, pegang erat sahabat ini jika anda sudah jumpa dia. Tanggungjawab sebagai sahabat harus dilaksanakan oleh kedua-dua pihak agar persahabatan kekal selama-lamanya. Apa yang pasti sedikit tips ini boleh diguna pakai semua. Cuba fikir sejenak siapa sahabat anda?

Tips untuk mengenali sahabat sejati :

  • Dia sahabat yang boleh baca tentang diri kamu (tanpa perlu kamu suarakan sesuatu perkara).
  • Dia memahami karekter diri kamu, kesukaan kamu, kebencian kamu dan mempunyai minat atau pengalaman yang sama dengan kamu.
  • Sahabat sentiasa ada saat suka mahupun duka. 
  • Sahabat yang baik menjadikan kamu seorang yang baik kepada lebih baik lagi.
  • Sahabat yang baik dapat menerima kekurangan dan kelebihan sahabatnya.
  • Sahabat sejati mengingati diri kamu saat kamu berada dekat atau jauh serta sentiasa mendoakan sahabatnya.  
Ucapan indah persahabatan :


  • "Persahabatan bagaikan tangan dan mata, ketika mata menangis tangan menhapuskan air matanya. Seperti mana aku tanpa kamu sahabat, iaitu kamulah tangan itu".
  • Sahabat yang baik sulit untuk ditemukan, lebih sulit untuk ditinggalkan dan tak mungkin dilupakan.
  • Sahabat baik seperti bintang, tidak selalu kelihatan tetapi selalu ada untuk kamu apabila diperlukan.
  •  Sahabat sejati seperti berlian yang berharga, susah untuk dijumpai dan beruntung memilikinya.
  • Sahabat sejati mampu membuatmu tersenyum saat hati kamu terluka dengan lawak dan keperihatanannya.
  • Persahabatan itu lebih sukar daripada matematik, lebih rumit dari fizik, lebih susah dari biologi, tapi ianya tidak sebosan sejarah kerana wujudnya chemistry.
  •  Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari beribu teman yang mementingkan diri.
  • Persahabatan itu tak akan cair dimusim panas, tak akan beku dimusim dingin, tak akan luruh dimusim gugur,  tetap berbunga walaupun bukan musim semi.
  • Sahabat itu seseorang yang bila kita melihatnya mengingatkan kita kepada Allah, seseorang yang dengan perkataannya bertambah amal kebaikan kita dan seseorang yang dengan amal-amalnya mengingatkan kita kepada akhirat.




Thursday, 29 September 2016

Ke sini la kami, Jelajah Melaka



KE SINI LA KAMI, JELAJAH MELAKA


Assalammualaikum semua ^_^

              Hari ini tajuk yang di pilih Melaka bandar bersejarah. Perjelajahan saya dan rakan-rakan bermula selepas saya tamat kelas pertama sem 3 saya. Penjelajahan yang dirancang dalam jangka masa pendek ini dilihat sedikit kelang kabut. Ini kerana kami hanya membuat plan A tapi tak buat plan B untuk perubahan cuaca yang tak di rancang.

              Percutian pendek 2 hari 1 malam ini dibuat untuk merehatkan diri seketika dari kerja, pelajaran dan keadaan sekeliling yang sedikit menekan diri kami baru-baru ini. Perjalanan kami sepanjang bercuti saya boleh simpulkan kawasan di Melaka selalu jem, penuh dengan pelbagai bangunan sejarah dan kawasan dia cantik tak kira siang mahupun malam.

              Sebaik kelas tamat pada tegahari kami terus bertolak ke Melaka apabila sampai waktu pon dah petang. Tempat pertama yang kami tuju setelah sampai iaitu Pantai Klebang. Kawasan pantai yang sangat cantik terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan mainan pantai (layang-layang, belon sabun). Kedai tersebut merupakan bas lama yang di ubah suai menjadi gerai. Angin yang bertiup sejuk menjadikan kawasan tersebut menjadi tumpuan keluarga dan remaja untuk  datang ke sini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menunggang kuda, bermain belon sabun, berbual-bual sambil menyusuri pantai dan bermain layang-layang. Menu utama gerai di situ iaitu Coconut Shake Klebang...













              Tempat seterusnya kami menuju ke Jonker Walk. Disebabkan kami pergi pada hari sabtu terdapat pasar malam jonker walk dimana jalan ditutup untuk kenderaan bermula pada pukul 6 petang terdapat pelbagai deretan gerai di sini, terdapat pelbagai barangan antik, kraftangan, baju, makanan ezotik masyarakat cina dan terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan lain.  Kawasan ini merupakan kawasan sangat popular bagi pengumpul dan penggemar barangan antik. Jangan lupa untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga yang di ingini. Mejoriti masyarakat cina banyak datang berjalan di sini. Disepanjang jalan terdapat juga rumah terbalik dan beberapa kawasan sejarah.

             





             Aktiviti malam kami berjalan sekitar Kampung Morten yang berhadapan Sungai Melaka. Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Apa yang pasti rumah-rumah yang ada disitu cantik-cantik belaka terpegun seketika semasa berjalan sekitar kampung tersebut. Semasa kami datang ke kampung tersebut dalam bulan Ogos  dan pada waktu malam jadi banyak bendera Malaysia dikibarkan dan pelbagai lampu berwarna-warni dipasang. Kampung ini mengekalkan identiti Melayu itu sendiri dan keindahan seni bina tradisional rumah yang tak lapuk ditelan zaman.  Bagi yang malas berjalan boleh saja mengambil alternatif lain untuk melihat sekitar Bandar Melaka  dengan menaiki Melaka River Cruise.  Hari pon dah lewat malam kami beransur pulang ke hotel penginapan. 






           

           

             Keesokan paginya kami menjamu selera dihotel penginapan kami dan ingin meneruskan aktiviti dengan Melaka Wonderland tapi nasib tak menyebelahi kami kerana pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Kami pon tukar plan last minit ke Medan Samudera, Melaka. Aktiviti wajib kaum wanita...apa lagi shopping....hehehehe. Aktiviti ini dilakukan dalam bangunan jadi hujan tak ada masalah. Masuk saja dalam bangunan tersebut kami apa lagi rambang mata dibuatnya...pelbagai deretan kedai menjual pelbagai baju, bag, kraftangan, makanan (sagu, cencaluk, belacan, cakar ayam, gula melaka dan banyak lagi yang saya sendiri pon tak tau nama makanan tersebut). Harga barang-barang tersebut berpatutan dan boleh tawar menawar lagi. Inilah muka excited dapat shopping.


              Hari pon dah tengahari kami meneruskan aktiviti kami seterusnya apa lagi makan. Tempat makan yang di pilih Restoran Asam Pedas Selera Kampung masuk saja penuh dengan pelanggan yang sangat ramai kami terpaksa tunggu giliran untuk makan makanan disini. Selalunya orang kata ramai orang makanannya sedap. Ternyata sedap makanan di restoran ini...Restoran ini juga pernah menjadi pilihan Jalan-jalan cari makan. Kepada semua yang nak makan makanan kampung dan asam pedas datang la sini ok...hehehe promote pulak.


          Next destination, Freeport A'Famosa Melaka. Bangunan ini dibina berispirasikan konsep eropah dan di dalamnya terdapat pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama. Sesuai untuk yang ingin bergambar sambil membeli belah. Terdapat lebih daripada 60 jenama terdapat disini seperti Forever 21, Cotton on, Triph, Levi's, Melinda Looi, Vero Moda, Only, Espirit, Polo, Playboy, Camel, Poney, Toy World, Nike, Brooks, Curiosity Fashion, Stay Fit, Crocs, Carlo Rino, Obermain, Hyper Gear, Sembonia, Elle, Hush Puppies, Wonder Rococo dan banyak lagi. Kedai kesukaan kami Carlo Rino, Crocs dan Nike.

        Okey la kami pon dah penat Isnin kerja jadi percutian kami sabtu dan ahad tamat sampai sini, apa lagi balik la...Sampai sini saja coretan saya untuk semua. 
Assalammualaikum ^-^