Sunday, 2 October 2016

Permainan Tradisional

PeRmAiNaN TrAdIsIonAl

     Permainan budak dulu-dulu sangat seronok tidak seperti budak sekarang yang kebanyakkannya tidak tahu bermain di luar juga tidak tahu permainan tradisional masyarakat kita adakah kerana mereka sering dimanjakan dengan gajet atau kekangan masa untuk pelajar bermain diluar disebabkan komitmen mereka pada kelas-kelas tuisyen dan kekangan masa ibu bapa untuk membawa anak-anak keluar beriadah? 

    Sekolah-sekolah boleh menyarankan aktiviti bulanan sekolah dimasukkan permainan-permainan tradisional melayu.Selain itu orang-orang kampung, taman perumahan juga boleh mengadakan acara sukaneka sukan tradisional bagi mengekalkan tradisi dan silaturahim di antara keluarga itu sendiri ataupun masyarakat. 

   Antara permainan tradisional yang terkenal dan sering dimainkan oleh orang dulu-dulu:

  • Congkak
 Merupakan permainan yang memerlukan dua orang pemain bermain dengan menggunakan papan kayu berlubang atau membuat lubang pada tanah dengan menggunakan buahnya terdiri daripada guli/biji getah dan lain-lain lagi dengan memasukkan buah paling banyak pada lubang rumah congkak.Permainan ini popular dikalangan golongan hawa.



  • Tarik upih pinang
Permainan yang popular pada waktu dulu selalu di adakan pada sukaneka kampung. Memerlukan dua orang pemain seorang duduk diatas upih pinang ditarik oleh seorang lagi secara berganti.


  • Gasing
Permainan yang popular di kalangan lelaki. permainan ini boleh dimainkan secara berseorang atau bersama teman. Gasing di perbuat daripada kayu bujur dan mempunyai paku panjang.Permainan yang berputar dan di imbangkan pada satu tempat titik.Pemain bermain secara kumpulan dan berlawan tempoh waktu paling lama gasing berputar dan boleh di lagakan.




  • Wau/Layang-layang
Permainan yang memerlukan ke kretifan pemain dalam membuat layang-layang yang boleh terbang, seimbang dan juga cantik. Pelbagai jenis bentuk wau/layang-layang boleh dicipta. wau paling popular dikalangan masyarakat iaitu wau bulan.Kebiasaannya di mainkan dipadang atau kawasan luas oleh dua orang dengan seorang memegang wau dan seorang lagi memegang tali.Apabila angin bertiup wau akan di tarik melawan arus sehingga ia terbang tinggi di udara.




  • Sorok-sorok
Permainan ini dimainkan oleh dua orang atau lebih.Seorang akan menjadi pencari manakala yang lain menyorokkan diri dari pencari. Boleh dimainkan oleh lelaki ataupun perempuan.


  • Guli
Permainan guli, buahnya terdiri daripada batu atau kapur.Boleh dimainkan di kawasan sempit sekitar rumah. Di mainkan oleh dua atau lebih orang kanak-kanak dengan cara melontarkan guli dengan tepat pada sasaran.



  • Ting ting
Permainan laman, bermain dengan cara mengimbangi badan pada petak.Bermain selalunya secara berkumpulan.Mempunyai sembilan petak.


  • Batu Seremban
Permainan ini sering di main oleh budak perempuan. Dimainkan secara kumpulan-2 ke 3 orang. Objeknya terdiri daripada biji getah, ketulan batu kerikil dan benda-benda lain yang boleh dijadiakn buah.Dalam permainan tersebut terdapat beberapa peringkat dari yang senang hingga susah.












  • Bola beracun
Permainan yang memerlukan ramai pemain agar lebih seronok dan dibahagi kepada dua kumpulan. Di mainkan dikawasan lapang/ gelanggang. Kumpulan A akan membaling bola kepada kumpulan B dan jika kumpulan B mendapat bola mereka boleh membaling balik kearah pihak lawan. Sesiapa yang telah terkena bola dikira mati dan tidak boleh bermain untuk kumpulannya.Kumpulan tersebut dikira menang jika ahli kumpulannya melebihi kumpulan lawan dalam jangka waktu ditetapkan.


     Terdapat banyak lagi sukan tradisional yang tidak dapat saya masukkan lagi. Diharap sedikit info dapat membantu kanak-kanak di zaman moden ini mengenali sukan tradisi kita. Sukan tradisi ini juga mampu mengeratkan lagi silaturahim sesama individu dan memberi kecergasan kepada pemain juga mampu meningkatkan kecergasan minda anak-anak.

    Yang lama jangan di lupakan manakala yang baru jangan terlalu diasyikkan. Latih otot dan minda anak-anak untuk bergerak dan berfikir. Sampai sini saja coretan saya.
Assalammualaikum ^_^
  

Kampungku Indah

KAMPUNGKU INDAH


           Kampung...Seperti semua orang tahu tak semua orang ada kampung halaman. Jadi cintailah kampung anda, tidak perlu malu untuk menjadi orang kampung kerana itulah asal usal kita kebanyakkannya. 
          
            Di kampunglah kita boleh bercucuk tanam, kenal tumbuh-tumbuhan, pelihara haiwan, di situ juga terdapat ketenangan dari alam semulajadi dan di situlah terletak kenangan indah waktu kecil saya. Kampung sekarang bukan seperti kampung dulu. Kini hampir kesemua rumah telah tukar ke rumah batu, ada internet, jalan bertar, jenis perabot pon banyak dah tukar kepada kayu ataupun sofa moden.






           Di kampung saya terdapat banyak pokok buah, ikan, ayam, pokok-pokok kecil yang digunakan dalam masakkan, kebun getah, kawasan bukit, air bukit dan terdapat juga haiwan liar (seperti monyet, babi hutan dan anjing). Tapi haiwan tersebut tidak menganggu manusia pada waktu siang kalau malam waktu ia keluar.


 
 

               Kampung saya terletak di hulu langat, Selangor. Kawasannya masih mengekalkan ciri-ciri kampung kebanyakkanya. Kawasannya berdekatan dengan kem-kem motivasi dan juga tempat popular untuk mandi manda. Antara tempat mandi manda yang boleh semua lawati seperti sungai congkak, sungai tekala, pangsun, sungai gabai dan sungai semungkis.

       Selain itu, antara kawasan yang di suggest untuk buat kem motivasi cari saja kem Nur Lembah Pangsun, Impian Country Resort dan kem D'Puncak Lui kawasan cantik dan bersih.

  
     Impian Country Resort



 
D'Puncak Lui

 

 Nur Lembah Pangsun

           





          Kepada semua yang nak datang ke Hulu Langat disarankan berhati-hati dengan lori besar yang keluar masuk. Selain itu, hari minggu jalan jem ramai datang beriadah dan terdapat juga konvoi motor besar. Sepanjang deretan jalan terdapat ramai orang menjual buah-buahan dari kebun mereka lagi banyak bila tiba musim buah dalam bulan 7 ke bulan 8.

       Ingatkan nak letak gambar rumah kampung yang terdapat sekitar hulu langat tapi tak sempat pula nak ambil gambar mungkin lain kali pada blog seterusnya. Sampai sini saja coretan saya. Assalammualaikum ^-^






Friday, 30 September 2016

Sahabat Sejati


SaHaBaT SeJaTi


       Setiap orang mempunyai sahabat mereka sendiri. Pelbagai persepsi sahabat berbeza mengikut kesesuaian diri, pegang erat sahabat ini jika anda sudah jumpa dia. Tanggungjawab sebagai sahabat harus dilaksanakan oleh kedua-dua pihak agar persahabatan kekal selama-lamanya. Apa yang pasti sedikit tips ini boleh diguna pakai semua. Cuba fikir sejenak siapa sahabat anda?

Tips untuk mengenali sahabat sejati :

  • Dia sahabat yang boleh baca tentang diri kamu (tanpa perlu kamu suarakan sesuatu perkara).
  • Dia memahami karekter diri kamu, kesukaan kamu, kebencian kamu dan mempunyai minat atau pengalaman yang sama dengan kamu.
  • Sahabat sentiasa ada saat suka mahupun duka. 
  • Sahabat yang baik menjadikan kamu seorang yang baik kepada lebih baik lagi.
  • Sahabat yang baik dapat menerima kekurangan dan kelebihan sahabatnya.
  • Sahabat sejati mengingati diri kamu saat kamu berada dekat atau jauh serta sentiasa mendoakan sahabatnya.  
Ucapan indah persahabatan :


  • "Persahabatan bagaikan tangan dan mata, ketika mata menangis tangan menhapuskan air matanya. Seperti mana aku tanpa kamu sahabat, iaitu kamulah tangan itu".
  • Sahabat yang baik sulit untuk ditemukan, lebih sulit untuk ditinggalkan dan tak mungkin dilupakan.
  • Sahabat baik seperti bintang, tidak selalu kelihatan tetapi selalu ada untuk kamu apabila diperlukan.
  •  Sahabat sejati seperti berlian yang berharga, susah untuk dijumpai dan beruntung memilikinya.
  • Sahabat sejati mampu membuatmu tersenyum saat hati kamu terluka dengan lawak dan keperihatanannya.
  • Persahabatan itu lebih sukar daripada matematik, lebih rumit dari fizik, lebih susah dari biologi, tapi ianya tidak sebosan sejarah kerana wujudnya chemistry.
  •  Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari beribu teman yang mementingkan diri.
  • Persahabatan itu tak akan cair dimusim panas, tak akan beku dimusim dingin, tak akan luruh dimusim gugur,  tetap berbunga walaupun bukan musim semi.
  • Sahabat itu seseorang yang bila kita melihatnya mengingatkan kita kepada Allah, seseorang yang dengan perkataannya bertambah amal kebaikan kita dan seseorang yang dengan amal-amalnya mengingatkan kita kepada akhirat.




Thursday, 29 September 2016

Ke sini la kami, Jelajah Melaka



KE SINI LA KAMI, JELAJAH MELAKA


Assalammualaikum semua ^_^

              Hari ini tajuk yang di pilih Melaka bandar bersejarah. Perjelajahan saya dan rakan-rakan bermula selepas saya tamat kelas pertama sem 3 saya. Penjelajahan yang dirancang dalam jangka masa pendek ini dilihat sedikit kelang kabut. Ini kerana kami hanya membuat plan A tapi tak buat plan B untuk perubahan cuaca yang tak di rancang.

              Percutian pendek 2 hari 1 malam ini dibuat untuk merehatkan diri seketika dari kerja, pelajaran dan keadaan sekeliling yang sedikit menekan diri kami baru-baru ini. Perjalanan kami sepanjang bercuti saya boleh simpulkan kawasan di Melaka selalu jem, penuh dengan pelbagai bangunan sejarah dan kawasan dia cantik tak kira siang mahupun malam.

              Sebaik kelas tamat pada tegahari kami terus bertolak ke Melaka apabila sampai waktu pon dah petang. Tempat pertama yang kami tuju setelah sampai iaitu Pantai Klebang. Kawasan pantai yang sangat cantik terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan mainan pantai (layang-layang, belon sabun). Kedai tersebut merupakan bas lama yang di ubah suai menjadi gerai. Angin yang bertiup sejuk menjadikan kawasan tersebut menjadi tumpuan keluarga dan remaja untuk  datang ke sini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menunggang kuda, bermain belon sabun, berbual-bual sambil menyusuri pantai dan bermain layang-layang. Menu utama gerai di situ iaitu Coconut Shake Klebang...













              Tempat seterusnya kami menuju ke Jonker Walk. Disebabkan kami pergi pada hari sabtu terdapat pasar malam jonker walk dimana jalan ditutup untuk kenderaan bermula pada pukul 6 petang terdapat pelbagai deretan gerai di sini, terdapat pelbagai barangan antik, kraftangan, baju, makanan ezotik masyarakat cina dan terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan lain.  Kawasan ini merupakan kawasan sangat popular bagi pengumpul dan penggemar barangan antik. Jangan lupa untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga yang di ingini. Mejoriti masyarakat cina banyak datang berjalan di sini. Disepanjang jalan terdapat juga rumah terbalik dan beberapa kawasan sejarah.

             





             Aktiviti malam kami berjalan sekitar Kampung Morten yang berhadapan Sungai Melaka. Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Apa yang pasti rumah-rumah yang ada disitu cantik-cantik belaka terpegun seketika semasa berjalan sekitar kampung tersebut. Semasa kami datang ke kampung tersebut dalam bulan Ogos  dan pada waktu malam jadi banyak bendera Malaysia dikibarkan dan pelbagai lampu berwarna-warni dipasang. Kampung ini mengekalkan identiti Melayu itu sendiri dan keindahan seni bina tradisional rumah yang tak lapuk ditelan zaman.  Bagi yang malas berjalan boleh saja mengambil alternatif lain untuk melihat sekitar Bandar Melaka  dengan menaiki Melaka River Cruise.  Hari pon dah lewat malam kami beransur pulang ke hotel penginapan. 






           

           

             Keesokan paginya kami menjamu selera dihotel penginapan kami dan ingin meneruskan aktiviti dengan Melaka Wonderland tapi nasib tak menyebelahi kami kerana pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Kami pon tukar plan last minit ke Medan Samudera, Melaka. Aktiviti wajib kaum wanita...apa lagi shopping....hehehehe. Aktiviti ini dilakukan dalam bangunan jadi hujan tak ada masalah. Masuk saja dalam bangunan tersebut kami apa lagi rambang mata dibuatnya...pelbagai deretan kedai menjual pelbagai baju, bag, kraftangan, makanan (sagu, cencaluk, belacan, cakar ayam, gula melaka dan banyak lagi yang saya sendiri pon tak tau nama makanan tersebut). Harga barang-barang tersebut berpatutan dan boleh tawar menawar lagi. Inilah muka excited dapat shopping.


              Hari pon dah tengahari kami meneruskan aktiviti kami seterusnya apa lagi makan. Tempat makan yang di pilih Restoran Asam Pedas Selera Kampung masuk saja penuh dengan pelanggan yang sangat ramai kami terpaksa tunggu giliran untuk makan makanan disini. Selalunya orang kata ramai orang makanannya sedap. Ternyata sedap makanan di restoran ini...Restoran ini juga pernah menjadi pilihan Jalan-jalan cari makan. Kepada semua yang nak makan makanan kampung dan asam pedas datang la sini ok...hehehe promote pulak.


          Next destination, Freeport A'Famosa Melaka. Bangunan ini dibina berispirasikan konsep eropah dan di dalamnya terdapat pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama. Sesuai untuk yang ingin bergambar sambil membeli belah. Terdapat lebih daripada 60 jenama terdapat disini seperti Forever 21, Cotton on, Triph, Levi's, Melinda Looi, Vero Moda, Only, Espirit, Polo, Playboy, Camel, Poney, Toy World, Nike, Brooks, Curiosity Fashion, Stay Fit, Crocs, Carlo Rino, Obermain, Hyper Gear, Sembonia, Elle, Hush Puppies, Wonder Rococo dan banyak lagi. Kedai kesukaan kami Carlo Rino, Crocs dan Nike.

        Okey la kami pon dah penat Isnin kerja jadi percutian kami sabtu dan ahad tamat sampai sini, apa lagi balik la...Sampai sini saja coretan saya untuk semua. 
Assalammualaikum ^-^