PeRmAiNaN TrAdIsIonAl
Permainan budak dulu-dulu sangat seronok tidak seperti budak sekarang yang kebanyakkannya tidak tahu bermain di luar juga tidak tahu permainan tradisional masyarakat kita adakah kerana mereka sering dimanjakan dengan gajet atau kekangan masa untuk pelajar bermain diluar disebabkan komitmen mereka pada kelas-kelas tuisyen dan kekangan masa ibu bapa untuk membawa anak-anak keluar beriadah?
Sekolah-sekolah boleh menyarankan aktiviti bulanan sekolah dimasukkan permainan-permainan tradisional melayu.Selain itu orang-orang kampung, taman perumahan juga boleh mengadakan acara sukaneka sukan tradisional bagi mengekalkan tradisi dan silaturahim di antara keluarga itu sendiri ataupun masyarakat.
Antara permainan tradisional yang terkenal dan sering dimainkan oleh orang dulu-dulu:
- Congkak
Merupakan permainan yang memerlukan dua orang pemain bermain dengan menggunakan papan kayu berlubang atau membuat lubang pada tanah dengan menggunakan buahnya terdiri daripada guli/biji getah dan lain-lain lagi dengan memasukkan buah paling banyak pada lubang rumah congkak.Permainan ini popular dikalangan golongan hawa.
- Tarik upih pinang
Permainan yang popular pada waktu dulu selalu di adakan pada sukaneka kampung. Memerlukan dua orang pemain seorang duduk diatas upih pinang ditarik oleh seorang lagi secara berganti.
- Gasing
Permainan yang popular di kalangan lelaki. permainan ini boleh dimainkan secara berseorang atau bersama teman. Gasing di perbuat daripada kayu bujur dan mempunyai paku panjang.Permainan yang berputar dan di imbangkan pada satu tempat titik.Pemain bermain secara kumpulan dan berlawan tempoh waktu paling lama gasing berputar dan boleh di lagakan.
- Wau/Layang-layang
Permainan yang memerlukan ke kretifan pemain dalam membuat layang-layang yang boleh terbang, seimbang dan juga cantik. Pelbagai jenis bentuk wau/layang-layang boleh dicipta. wau paling popular dikalangan masyarakat iaitu wau bulan.Kebiasaannya di mainkan dipadang atau kawasan luas oleh dua orang dengan seorang memegang wau dan seorang lagi memegang tali.Apabila angin bertiup wau akan di tarik melawan arus sehingga ia terbang tinggi di udara.
- Sorok-sorok
Permainan ini dimainkan oleh dua orang atau lebih.Seorang akan menjadi pencari manakala yang lain menyorokkan diri dari pencari. Boleh dimainkan oleh lelaki ataupun perempuan.
- Guli
Permainan guli, buahnya terdiri daripada batu atau kapur.Boleh dimainkan di kawasan sempit sekitar rumah. Di mainkan oleh dua atau lebih orang kanak-kanak dengan cara melontarkan guli dengan tepat pada sasaran.
- Ting ting
Permainan laman, bermain dengan cara mengimbangi badan pada petak.Bermain selalunya secara berkumpulan.Mempunyai sembilan petak.
- Batu Seremban
Permainan ini sering di main oleh budak perempuan. Dimainkan secara kumpulan-2 ke 3 orang. Objeknya terdiri daripada biji getah, ketulan batu kerikil dan benda-benda lain yang boleh dijadiakn buah.Dalam permainan tersebut terdapat beberapa peringkat dari yang senang hingga susah.
- Bola beracun
Permainan yang memerlukan ramai pemain agar lebih seronok dan dibahagi kepada dua kumpulan. Di mainkan dikawasan lapang/ gelanggang. Kumpulan A akan membaling bola kepada kumpulan B dan jika kumpulan B mendapat bola mereka boleh membaling balik kearah pihak lawan. Sesiapa yang telah terkena bola dikira mati dan tidak boleh bermain untuk kumpulannya.Kumpulan tersebut dikira menang jika ahli kumpulannya melebihi kumpulan lawan dalam jangka waktu ditetapkan.
Terdapat banyak lagi sukan tradisional yang tidak dapat saya masukkan lagi. Diharap sedikit info dapat membantu kanak-kanak di zaman moden ini mengenali sukan tradisi kita. Sukan tradisi ini juga mampu mengeratkan lagi silaturahim sesama individu dan memberi kecergasan kepada pemain juga mampu meningkatkan kecergasan minda anak-anak.
Yang lama jangan di lupakan manakala yang baru jangan terlalu diasyikkan. Latih otot dan minda anak-anak untuk bergerak dan berfikir. Sampai sini saja coretan saya.
Assalammualaikum ^_^





























